Saturday, November 16, 2019

Projek Inovasi Bio Enzim


Objektif: Menghasilkan larutan eko-enzim dengan mengolah sisa domestik melalui proses fermentasi

Maklumat Pelaksanaan :
Aktiviti             :     Penghasilan larutan eko-enzim daripada sisa domestik (bahan organik)
Tarikh               :     April hingga Julai 2019
Tempat             :      Makmal Sains KBSM 1
Sasaran             :     Murid-murid
Perbelanjaan     :     Anggaran RM 2.50

Laporan Aktiviti :
Aktiviti yang menggunakan konsep Teknologi Hijau ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid berkenaan pengurusan sisa domestik untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar.Setiap hari sisa domestik dihasilkan dengan banyak. Jika sisa domestik (khususnya bahan organik) tidak diuruskan dengan baik ia akan menjadi timbunan sampah yang menggunakan ruang yang besar dan berbahaya kepada kesihatan. Sisa domestik seperti kulit buah-buahan, ubi kentang, bawang dan sayur-sayuran boleh dijadikan eko-enzim. Penghasilan eko-enzim ini dapat membantu mengurangkan pembuangan sisa domestik. Sisa domestik yang diolah menjadi suatu bahan baharu yang boleh digunakan semula menerusi proses fermentasi.

Kekuatan:
1. Sisa-sisa domestik amat mudah diperolehi dan tidak memerlukan kos.
2. Aktiviti pengahasilan eko-enzim ini mudah danmurid-murid dapat melaksanakan dengan jayanya.
3. Produk yang dihasilkan dapat digunakan sebagai baja tanaman dan bahan pencuci lantai.

Kelemahan:
1. Aktiviti ini mengambil masa 3 bulan untuk mendapatkan hasil produk.
2. Sisa domestik yang telah diolah perlu diletakkan di tempat yang tidak terkena pancaran matahari.
           
Penambahbaikan:
1. Menyediakan tempat yang sesuai untuk meletakkan sisa domestik yang telah diolah.




Bahan-bahan dan peralatan : 100 g Gula Merah, 1 liter air, 300g sisa domestik (kulit nanas), 1 unit Bikar 250 ml dan 1 unit botol plastik 1.5 Liter.



                     Gula merah yang telah dimasukkan ke dalam bikar ditambahkan air 1 liter air.


               Larutan gula merah dikacau sehingga larut





Larutan gula merah dimasukkan ke dalam botol plastik 1.5 L



Sisa domestik ( kulit nanas ) dimasukkan ke dalam botol plastik yang mengandungi larutan gula merah.



         Botol plastik ditutup dan disimpan ditempat gelap selama 3 bulan.


Gas yang terhasil dibebaskan setiap hari selama sebulan.
Selepas 3 bulan asingkan larutan eko-enzim dan sisa buangan

      







No comments:

Post a Comment